pernah tak korang rasa gusar nak bercuti lama2 dekat rumah (cuti sekolah/sem dll)? saya tak tahulah pasal org lain, but i do ;(
at first, memanglah seronok dapat berehat-rehat dan melepak-lepak kat rumah lepas mengharungi dugaan sepanjang sem yang xjhhkdni (bahasa alien *ehem*), tapi akan sampai satu ketika kita akan rasa macam, walaweh what i've done all this while huh? tau2 je tinggal 3 hari nak naik sem baru tapi apa je aku dah buat cuti ni? ape ape? hihi maksudnya ialah apa yg kita dah buat sepanjang cuti ni yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan org lain?
sepanjang observation saya, kebanyakan mereka yang study away from their home will tend to be very lazy bila once balik rumah untuk holiday (*ehem* senggol lengan akak kat sebelah). kenapa ye?
i had a very meaningful talk with my mom this evening. mak wonder kenapa anak2 dia yg stay asrama, semua bila balik rumah end up jadi super pemalas+kuat tidur+dll, while ada seorang my sister yg tak duduk asrama tapi dekat rumah dia pandai berdikari. saya terdiam....
tak dinafikan, duduk asrama/kolej memang lah letih. dengan study, dengan koko, nak basuh baju lagi. tapikan, adakah semua tu adalah alasan untuk kita bermalasan tanpa membantu ibu bapa masa cuti kat rumah. the most important thing, bende ni wajib dihighlight oleh semua org : adakah dengan kita rasa duduk rumah jadi malas solat, so tak kisahlah solat lambat, janji solat? itupun kalau solat :( (ini bende yang saya TAKUT bila balik rumah. naudzubillah)
korang, mungkin before this kita termasuk dalam kalangan yg suka malas2 macam kat atas tu, tapi muhasabah balik lah^^ dalam setahun, berapa hari je kita boleh spend time dengan family kat rumah compared masa di asrama/kolej. dalam masa yg sedikit tu, apa je yg kita dah buat tuk buat mak ayah kita happy? at least kalau tak dapat buat banyak, sikit pun jadilah. sebenarnya kalau kita spent masa borak2 dengan mak kita pun dia dah rasa happy kut^^ tapi berapa ramai yg lebih banyak spend masa dengan mak daripada pakwe/makwe dalam phone? ;0
hal ini perlu diambil perhatian oleh semua anak2 termasuk yang tengah menulis ni pun, sila rajin2kan diri anda untuk menolong ibu anda mengemas rumah, takpun membantu ayah anda mencuci kereta. cut off your tabiat buruk suka tidur berlebihan dan luangkan masa dengan ahli keluarga anda sebelum naik sem baru ni. anda mampu mengubahnya! eceh~~
jadilah anak yang comel + soleh + sentiasa membahagiakan ibu dan bapanya. ketahuilah, anda ialah aset yang sangat berharga sebagai saham ibu bapa anda untuk ke syurga kelak. woha!
No comments:
Post a Comment