Alhamdulillah, dah dekat sebulan saya stay kat rumah untuk sem break :)
lepas habis final sem 1, memang sangaaatt lah lega dan tak sabar nak balik rumah (setelah mengalami penangan 3 paper straight tanpa henti -_-), namun sempat juga berjalan dengan 8 sekawan pusing2 bandar jb (masing2 orang jb tapi jalan nak gi danga bay pun tak tahu -_-)
minggu berikutnya, kakak naqibah saya ajak join mukhayyam. mula2 tu macam tertekan jugak sebab everything bitau last minute (details for venue, masa dll), tapi Alhamdulillah sebab Allah pilih saya untuk dapat join juga. pengalaman duduk bermusafir kat masjid, duduk dalam kalangan kakak2 dan kawan2 yang awesome, tajdid niat, muratib amal dll. semoga Allah tetap letakkan saya di kalangan rakan2 yang soleh, insyaAllah ;)
minggu berikutnya, kembali ke kelas yang paling tak best iaitu kelas memandu. alkisahnya tahun lepas saya daftar driving school sebab ayah, belajar pun gitu2 je sebab masa tu tak nampak pun lagi asbab saya kena ada lesen (lainlah kalau ayah nak belikan *ehem* kereta kan, haha), lepas tu asyik2 kena marah dengan cikgu sebab ..... senang cerita memang teruk lah kena brainwash dengan cikgu2 sekolah memandu xyz itu yang menyebabkan saya hampir give up nak amek test jpj. tapi sebab Allah sayang saya, saya tak sempat pun nak amek test sebab masa tu lagi semingu nak raya :))
akhirnya cuti sem kembali dan sekali lagi saya dihujani soalan 'bila nak sambung lesen?' huu kalau boleh macam nak tukar driving school pun ada, tapi sebab tak nak menyusahkan orang, saya pun menggagahkan diri pergi book another class sebelum test (refresh lah konon) dengan demand tinggi untuk book cikgu kegemaran sahaja. haha Alhamdulillah, saya dapat 2 org cikgu yang sangat awesome, terima kasih cikgu! dengan berbekalkan tunjuk ajar extra dari encik ayah, Alhamdulillah saya pass! Allah knows best ♥
Alhamdulillah dengan rezeki kemasukan duit jpa yang bagai bulan jatuh ke riba (haha exaggerate), dapatlah masing2 merasa makan domino cawangan pasir gudang yang baru bukak tu, kalau nak makan pizza murah order lah domino :p
selain tu, saya baru beli 3 buah novel baru cuti ni. genre kegemaran saya yang berlainan dengan orang lain dalam rumah ni menyebabkan novel2 ni hanya akan dibaca oleh saya seorang. alahai sedih betul. best apa novel thriller! :( lepas ni mungkin saya akan melengkapkan koleksi novel hilal asyraf pulak. jatuh cinta dengan sinergi dan hero! kisah persahabatan rasyid dan irfan dalam keimanan tu betul2 buat saya jeles. jum lah kawan2 kita perbaharui persahabatan kita jugak, kerana iman ♥ insyaAllah!
cuti yang berbaki 2 minggu ni masih dalam perancangan. mungkin nak borong baju labuh online pulak kut^^ hehe harap kamu semua pun habiskan cuti dengan perkara2 berfaedah.
No comments:
Post a Comment