Monday, April 16, 2012

kanak2 profesional 1

Alhamdulillah, selesai tugas 'kanak2 profesional' kami di kota tinggi, johor. jujurnya, saya sangat2 tak boleh lupa pengalaman di sana. pengalaman pertama menjadi fasilitator kepada adik2 tingkatan 5, ermm tak mudah sebenarnya. Alhamdulillah, Allah takdirkan saya dapat bersama-sama keluarga fasilitator dan dapat menghabiskan tugas yang mencabar ni.

saya banyak belajar dari kesilapan saya, keegoan saya, ketidaksabaran saya, keterasaan saya, saya mula kenal siapa saya daripada adik2 sekalian. Alhamdulillah :) tak semestinya yang kita tak suka tu tak baik untuk kita. Allah cuba menyedarkan saya melalui pengalaman bersama adik2, sungguh saya sangat bersyukur!

Alhamdulillah, selepas ecah dan aida, saya dapat sorang lagi adik dalam list! haha insyaAllah saya cuba jadi role model terbaik untuk adik2 saya.

untuk program 'kanak2 profesional' yang seterusnya, gambatte kepada diri sendiri! buang yang keruh, ambil yg jernih :)

No comments: